Program Kami

YAPEM memajukan program bersepadu berikut :-

1. Program Kerjasama Awam-Swasta

Program ini melibatkan kerjasama dengan Kementerian dan Agensi Kerajaan yang relavan kepada gerakan pembudayaan “work-life balance”seperti Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Kementerian Sumber Manusia. Tujuan kerjasama adalah untuk memberi input berkaitan penggubalan undang-undang dan dasar awam yang relevan serta untuk membantu memantau perlaksanaan undang-undang dan dasar awam yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan serta mengusahakan pemberiah Anugerah dan Sijil pengiktirafan kepada Firma, Pemimpin Korporat dan Indibidu yang banyak menyumbang ke arah pembudayaan falsafah “work-life balance” di tempat kerja, peringkat organisasi dan di peringkat komuniti. Bentuk kerjasama adalah melalui Forum, Dialog, Perbincangan Meja Bulat, Ceramah Awam serta Makmal Inovasi Khidmat Awam.

2. Program Latihan Dan Perundingan

Program ini dimajukan di dalam bentuk penawaran tenaga jurulatih dan konsalten untuk membantu Majikan dan Pekerja ke arah mengamalkan dan melaksanakan initiatif pembudayaan falsafah “ work-life balance”.
Initiafif berterusan juga diambil untuk mengumpul data dan dokumentasi di peringkat global bagi mempelajari kisah kejayaan pembudayaan “work-life “ balance yang telah dilaksanakan di negara-negara maju terutamanya berkaitan piawaian kualiti dan amalan terbaik. Sistem dan kaedah yang ditemui akan disebar kepada pekerja dan majikan untuk digunapakai mengikut kesesuaian setelah di ambil kira kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa di Malaysia.

3. Program Penerbitan Dan Maklumat

Program ini bertujuan menyediakan bahan bercetak, bahan digital dan audio-visual yang diedarkan untuk bacaan dan tontonan pekerja dan majikan. Bahan yang disebarkan diharapkan dapat memberi panduan, bimbingan dan inspirasi demi meningkatkan kemahiran dan keyakinan para pekerja dan majikan untuk mengamalkan falsafah “work-life balance”. Kerjasama akan dijalin dengan rangkaian “ usahawan digital” untuk menggalakkan penglibatan mereka bagi memperkaya khazanah , koleksi dan perpustakaan yang menghasil, mengumpul , mengedar dan menyiarkan bahan penerbitan dan maklumat yang relavan melalui platform digital.

4. Program Institut Kerjaya Dan Kekeluargaan Yapem

Institut ini akan mengumpulkan dan mendaftarkan pasukan pakar rujuk yang terdiri daripada para penyelidik, sarjana, pendidik, kaunselor, professional dan saintis sosial yang komited untuk mempromosikan amalan “work-life balance” di tempat kerja, komuniti dan keluarga.

Pasukan Pakar Rujuk yang berdaftar dengan Institut ini akan diberi tugas untuk memajukan pelabagai initiatif sokongan termasuk yang berkaitan dengan aspek berikut :-

• Klinik Kaunseling Work-Life Balance
• Pusat Pengaduan dan Intervensi Work-Life Balance
• Pembangunan Skuad Sukarelawan WLB (work-life balance)
• Modul Kemahiran Kerjaya
• Modul Kemahiran Kekeluargaan
• Penganjuran Acara Khas di hujung minggu dan musim percutian melibatkan majikan, pekerja dan kanak-kanak
• Penganjuran lawatan sambil belajar
• Penjanaan sistem piawaian, amalan terbaik dan penganugerahan

5. Program kebajikan dan Bantuan Pekerja

Program ini melibatkan penyediaan khidmat pengaduan dan intervensi terhadap permasalahan berkaitan isu-isu kerjaya dan kekeluargaan.

Bantuan segera akan diusahakan berdasarkan kes-kes yang diadukan termasuk bantuan kebajikan, kewangan, kaunseling dan perundangan.