Tentang Kami

Yayasan Pekerja Malaysia

KERJAYA KU, KELUARGA KU

Yayasan Pekerja Malaysia atau YAPEM adalah organisasi non-profit yang didaftarkan pada tahun 2007 sebagai sebuah badan amal dan kebajikan.

YAPEM kini dipimpin oleh Datuk Omar Osman, Mantan Presiden Ceupacs yang prihatin terhadap isu-isu pekerja

Misi Kami

YAPEM responsif terhadap senario semasa yang menyaksikan fenomena keghairahan untuk mengejar kejayaan di bidang kerjaya telah mengakibatkan penumpuan masa penuh terhadap urusan kerja di pejabat sehingga Institusi dan ahli keluarga diabaikan atau kurang diberi perhatian oleh pekerja.

Implikasinya, insiden penceraian kini semakin meningkat, konflik suami isteri sukar dibendung dan penyakit sosial melanda anak-anak akibat kurang bimbingan ibu bapa. Keadaan sebegini menyebabkan para pekerja menjadi stress sehingga prodaktibiti di tempat kerja menjadi terjejas. Kos sosial terhadap Negara juga bertambah.

Jesteru, mulai 2018, YAPEM memulakan langkah untuk menjuarai Falsafah “ KERJAYA KU, KELUARGA KU” yang melambangkan seruan untuk semua pekerja supaya mengamalkan gaya kehidupan seimbang supaya di dalam usaha mereka mengejar kejayaan di bidang kerjaya, mereka juga tidak pula mengabaikan atau mengketepikan tugas dan tanggungjawab membangun keluarga bahagia dan mendidik anak cemerlang.

Komitmen YAPEM

Komitmen YAPEM masakini adalah untuk menyempurnakan misi “ keseimbangan kerjaya dan kehidupan” atau work-life balance menerusi kerjasama dan sokongan tiga pihak iaitu Pekerja-Majikan- Kerajaan.

Bagi mencapai misi “work-life balance” tersebut , YAPEM berusaha menggubal pelan strategik yang merangkumi aspek pembinaan kapasiti di kalangan pekerja untuk mengamalkan budaya kehidupan seimbang di antara kerjaya dan keluarga atau “work-life balance”, pemupukan budaya “majikan mesra keluarga” serta intervensi Kerajaan dari segi undang-undang dan dasar awam.

Dengan cara ini, YAPEM berharap akan dapat mencapai objektif ke arah melahirkan masyarakat pekerja Malaysia yang prodaktif di tempat kerja serta bahagia di peringkat keluarga.