Sumber Kewangan

Kewangan

YAPEM sewajarnya memastikan wujudnya kedudukan kewangan yang kukuh supaya ianya menjamin kesinambungan segala usaha yang dimajukan.

Jesteru YAPEM mengalu-alukan sumbangan kewangan ad-hoc, sumbangan kewangan berterusan dan sumbangan lain dalam bentuk asset, saham dan kemudahan yang boleh mendatangkan hasil kewangan.

Initiatif yang dimajukan yang memerlukan sokongan semua pihak termasuk :-

  • Tabung Amal Jariah¬† YAPEM menerusi Geran Kerajaan, Tajaan Swasta, Bank Tanah, Hibah Bangunan, Hibah Saham, Skim Caruman Derma / Qardhul Hassan oleh Pekerja, Jualan Kad Diskaun, Kempen Jualan Amal, Acara Khas, Kempen Iklan Amal , Tajaan Premis niaga.
  • Initiatif¬† Komersial YAPEM menerusi usahasama dengan syarikat swasta , pembentukan syarikat pelaburan menerusi kerjasama YAPEM dengan Yayasan-Yayasan yang lain.
  • Rangkaian WISMA, MENARA dan KOMPLEK YAPEM yang dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta bagi membolehkan YAPEM berdikari , sekurang-kurangnya bagi membiayai kos pentadbiran . Initiatif ini mendatangkan sumber kewangan berterusan untuk YAPEM menerusi kutipan sewa dan tanpa perlu bergantung sepenuhnya dari sumbangan derma dan tajaan.